Tuesday, 8 March 2011

PENGENALAN SYARIKAT


REAL-IT ENTERPRISE adalah sebuah syarikat yang berdaftarkan dengan kementerian kewangan dan diiktiraf bumiputera. Syarikat ini ditubuhkan bertarikh 20.01.2011 pada hari khamis bertempat di kawasan Jalan Perusahaan, Pulau Pinang. 
Selain itu, syarikat ini telah mengikuti prosedur dan fasa yang telah ditetapkan agar system yang dihasilkan memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Kebanyakkan dunia moden zaman kini , semua benda menggunakan teknologi komputer.
 Teknologi ini berfungsi dan digunakan dalam semua bidang contohnya, bidang perubatan, perniagaan, percetakan, perkilangan, pelajaran dan sebagainya. Teknologi ini juga, memainkan peranan dalam menyempurnakan kehidupan.
Oleh itu, terdapat  pelbagai perkhidmatan yang mempunyai kepakaran dalam bidang menjual, menyelenggara komputer dan sebagainya untuk memberi kepuasan kepada pelanggan. 
Namun begitu, syarikat ini akan menjalankan aktiviti menjual perkakasan dan perisian komputer, membaiki kerosakan dan membaikpulih komputer, fotostat dan percetakan yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.

No comments:

Post a Comment